Tuesday, August 3, 2010

PBC 31 Julai - 1 Ogos 2010 - Samudera Hotel Kuching


Ringkasan
Dengan kerjasama Ajk-Ajk KPSAR, sekali lagi Program Perkongsian Bijak Cemerlang telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada peserta peserta yang datang dari daerah Kuching, Sarikei dan dari negara jiran iaitu negara Indonesia.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada Motivator jemputan khas yang tidak asing lagi iaitu PJS Abdullah Abdul Rahim, PJ Siti Safura Bt Mohammed, PL Emillia Bt Bachee dan PJS Ust. Saifurain Bin Hj Abdullah. Tidak ketinggalan penghargaan kepada fasilitator KPSAR bertugas iaitu PJ Hj. Abbas Bin Samad yang telah bertungkus lumus mencari dan menempah penginapan untuk program ini.